Pameran Reka Malaysiaku dilanjutkan

Sukacita dimaklumkan bahawa di atas sambutan yang menggalakkan mendorong pihak Balai Seni Negara melanjutkan Pameran Reka Malaysiaku sehingga 10 November 2019. Jumlah pelawat direkodkan sehingga kini melebihi angka 25 ribu sejak pameran berlansung dari 30 Julai 2019.
Masuk adalah percuma.
WhatsApp Image 2019-07-26 at 17.51.51.jpeg

Digital Automotive Sketch by Saharudin Busri

70008207_10156804819643406_1837525229866319872_n

24.8.19 (Saturday) | National Art Gallery.
The Malaysian Association of Industrial Designers (PEREKA) recently hosted a  live demonstration session by Mr.Saharudin Busri. This sharing session was a great opportunity for students and the public to learn more about the digital sketching techniques. Saharudin shared about his professional views and the success of the MIMOS team as well as the way forward in the industrial design experiences. Continue reading Digital Automotive Sketch by Saharudin Busri

Reka Malaysiaku

Mempamerkan pencapaian Malaysia dalam bidang Seni Reka sejak kemerdekaan hingga kini di mana mengumpulkan pereka pereka tempatan yang telah menyumbangkan hasil pemikiran kreatif dalam pembangunan negara. Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad telah banyak mempengaruhi pembangunan seni reka ke arah sebuah negara perindustrian.

Konsep pameran ini memberi tumpuan kepada hasil karya kreatif produk dalam bentuk 3 dimensi dan 2 dimensi samada berfungsi atau model bersifat sekala saiz. Produk atau artifak kreatif ini akan mempunyai ciri-ciri tempatan dan bersifat global berasaskan tema REKA MALAYSIAKU. Ia akan dipamerkan secara kreatif dan interaktif (installation) bagi menarik perhatian pengunjung pameran. Produk pameran akan terdiri daripada Reka bentuk Automotif, Perabot, Produk, Kraf Kreatif, Fotografi, Interaktif multimedia, Fesyen dan lain lain.

Sudut Segmen khas akan mempamerkan Susur masa Reka Bentuk Perindustrian Malaysia (1957 – 2019), impak daripada Misi Wawasan 2020 dengan mempamerkan produk produk yang ikonik tempatan dengan memperkenalkan pereka dan agensi yang terlibat.

Prof Dr Hj Khairul Aidil Azlin Abd Rahman
Presiden PEREKA

POSTER SOC MED

Jawatankuasa rasmi PEREKA Sesi 2018-2020

44932957_10155689148167190_2350060268756664320_nTerima kasih kepada semua pihak yang terlibat, selamat datang kpd ahli-ahli yang baru mendaftar, selamat kembali kepada ahli-ahli yang lama dan terus setia bersama PEREKA. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Assoc. Prof.Dr.Mohamad Hariri Abdullah , En.Ismail serta staff MRM dan SIRIM Berhad yang banyak membantu dari segi penyediaan lokasi serta kemudahan ruang mesyuarat yang cukup selesa ini.

Continue reading Jawatankuasa rasmi PEREKA Sesi 2018-2020

World Industrial Design Day 2015 – Redefine Design.

widd2015mychap_redefine_design

Every year, World Industrial Design Day is the perfect opportunity for the design community to focus its energy and intellect on a particular facet of the industry. Capitalizing on the momentum from the previous excited two years; 2015 is the year to redefine the beloved profession. World Industrial Design Day 2015 activities will revolve around the theme ‘Redefine Design’. Join and celebrate with us!

Program Halatuju dan Pemantapan Persatuan Perekabentuk Industri Malaysia (PEREKA) 6- 8 Mac 2015

Pada 6 – 8 Mac 2015 telah berlangsung satu program yang di gerakkan oleh PEREKA bertujuan untuk memantapkan dan menala halatuju PEREKA untuk fasa ke 2. Program ini juga mencipta sejarah apabila secara rasminya mengumumkan difinisi Rekabentuk Industri dalam konteks perlaksanaannya di Malaysia melalui gabungan pemikir dari IPTA/S dan pemain Industri melalui program ini. Selain dari agenda pemantapan dan menala hala tuju serta misi  PEREKA, program ini antara lain turut membincangkan Sambutan Hari Rekabentuk Industri (WIDD 2015) yang bakal dilaksana pada 22 – 24 May 2015 di PUBLIKA. Program ini melibatkan AJK PEREKA dan jemputan khas yang terdiri dari pemain industri, pemikir pemikir rekabentuk industri  dari  IPTA/S yang hadir untuk sama sama menyumbang dan berkongsi fikiran, pendapat dan kerjasama diantara pemain industri, ahli akademik dan pereka industri amnya seterusnya berganding bahu untuk mencapai matlamat yang yang telah di rancangkan. Kehadiran wakil wakil akademik dari IPTA/S serta pemain industi  dilihat sebagai sesuatu yang sangat positif dalam mengeratkan lagi jalinan kerjasama sedia ada dan banyak membantu dalam perkembangan kearah pemantapan halatuju serta perlaksanaan aktiviti PEREKA untuk fasa ke dua serta dimasa akan datang.